Sakit benar kepala. Nak kata migrain..aku pun tak pasti. Ermm..mungkin ada kena mengena dengan pemakanan yang aku tak berapa nak jaga dua tiga minggu ni. Atau mungkin dek kesilauan mata yg aku hadapi. Ermm..rabun aku ni ada kena mengena dengan silau yg selalu buat kepala aku sakit. Ermm..sakit sangat!!
Tahu..aku ingin duduk sendiri dan menangis.Ermm..lama dah aku tak menangis. Aku perlu waktu untuk membersihkan mata yang dah lama dikatup habuk khayalan dunia. Namun, hati kecil ku berkata hikmah..perlukah menangis? (Err..perluke?)Aku bekira-kira sendiri. Hati besar pula mendesakku untuk terus memikirkan perkara-perkara itu, lantas aku terpenjara antara senyuman dan duka yang terpendam.
Ahhh! Buat apa untuk aku terus ngelamun rintih? Hidup ini satu pilihan. Tuntasnya, aku bisa memilih utk bersedih atau tidak. Korupsi hati bergentayangan di dada resah. Mahu baiki atau terus derita??? Ya..hidup ini satu pilihan dan untuk jatuh cinta juga satu pilihan..erkkk! Cinta???
Ada beberapa perkara yang agak merunsingkan aku. 'Sahabat' ku di Kedah sana, ada kalimah yang merunsingkan aku lewat lalu. Adikku bersama keputusan PMRnye yang tak sebaik aku (cewah!!)Program-program yg perlukan aku bekerja lebih ampuh. Segalanya berkitaran di minda dan aku perlu menyusun senada hikmah. Dan berkata ttg cinta..tempoh hari ada yg ingin menyunting cinta seorang aku. Ermm..nak buat ape??(Rasa ingin ketawa berguling-gulingan) Upppss!! Bukan aku bermaksud nak memperkecil hati dan perasaan insan itu namunnya aku ni..aku ni yang tak layak lagi untuk bercinta. Aku dan cinta?? hahaha. Ampun!!aku kerdil lagi utk mengadili nikmat kecintaan sesama insan (walau ada ia di dalam rantai keinginan) Aduuhhh! Kompius..bertambah sakit kepala..
Mungkin sesuai bila segala-galanya datang menyapa. Yeah..tahun baru yang akan menjelma membuat aku akur utk menyusun kembali agenda, meneruskan rencana lama dan bertaut pada keagungan yang nyata.
Aku dan kehidupan, pengharapan..perjalanan, cinta dan hikmah kembara...ila liqo'
p/s: nantikan penulisan motivasi aku..Insya Allah
No comments:
Post a Comment